PROFILE TS


PENGENALAN

REMAJA TS adalah sekumpulan anak remaja yang ditubuhkan pada tanggal 29/10/2011, Ia didaftarkan di bawah PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA, yang berpusat di alamat No. 2, Jalan Prima Saujana 1/4D, Kajang, Selangor, Darul Ehsan.kami di didik dan diasuh oleh  beberapa orang Ustaz&ustazah
 PENUBUHAN 

Di antara punca keresahan masyarakat adalah generasi muda yang semakin rosak dengan berbagai gejala sosial. Ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki hingga tidak sempat memberi perhatian kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak itu selain miskin harta, mereka juga menjadi miskin kasih sayang, miskin ilmu dan miskin iman. Adalah malang bagi satu bangsa kalau ada kanak-kanak yatim atau fakir miskin, terbiar walhal otaknya genius. Bahkan ramai juga anak orang kaya harta yang kurang kasih sayang, ilmu dan iman. Bila dewasa, dia hanya jadi penganggur atau buruh kasar. Lebih malang lagi kalau dia menjadi penagih dadah atau penjenayah. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia ada­lah aset agama, bangsa dan Negara. Oleh itu semua pihak wajib membanteras kemiskinan ini secara keseluruhan. Kita wajib bekerjasama menyumbang harta, ilmu, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan usaha mulia ini.
Atas keprihatinan ini maka tertubuhlah rumah amal ini. Pembinaan insan menjadi teras utamanya agar lahir generasi yang seimbang antara jasad, akal, nafsu dan rohnya. Dengan itu mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang berwibawa untuk generasi masa hadapan.

OBJEKTIF REMAJA TS

1. Membanteras  gejala sosialisme yg semakin berluas-luasa
2. Membela anak-anak yang kurang bernasib baik serta memberi kasih sayang.
3. Mendekatkan diri kepada Tuhan dan Rasul sehingga  cinta dan takut hanya  untuk Allah dan Rasul.
4. Dibimbing dengan perkara-perkara asas iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah  seperti memasak, pertanian, kebudayaan, ekonomi, motivator, dan lain-lain.
5. Menjadikan kami Remaja yang bercita-cita dan berwawasan 2015

APE ITU REMAJA TS??

TS itu bermaksud Tanah Sekamat,tanah sekamat terletak di Kajang,Selangor Darul Ikhsan

No comments:

Post a Comment

Popular Posts